Friday, 23 March 2012

Majlis Perasmian Stesen Minyak Shell SKVE-9/4/2011

Kali ini kami dijemput oleh pemilik stesen Shell yang terletak di Lebuhraya SKVE untuk majlis perasmian stesen minyak beliau...banyak aktiviti yang dianjurkan dan makanan pun sangat best....Apapun kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput kami bagi memeriahkan lagi majlis perasmian ini dan kami doakan semoga stesen Shell ini akan terus berkembang maju...Aamiin....
Banner majlis perasmian

Petugas-petugas Shell yg cute n handsome!

Terpaksa letak banner free cendol, nanti customer Shell ingat kena bayar pula

Serius jer....

Bersiap sedia...

Balloon man menyambut ketibaan customer Shell

Mula-mula tengok dari jauh, bila tahu free baru datang...hehehe

Popcorn untuk kanak-kanak

Sand art untuk kanak-kanak

Pengacara majlis sedang berbincang dengan clown man

Siap ada persembahan silat.....

Majlis Perkahwinan di Alor Gajah, Melaka-3/4/2011

Kali ini tempahan yang diterima agak jauh, nak kata jauh sangat tidakler, sama jer macam balik kampung.....Ini tempahan kali kedua bagi pelanggan kami ini, tahun 2010 beliau pernah menjemput kami untuk menghidangkan cendol untuk majlis perkahwinan anak beliau.....seronoknya dapat merasa pengalaman berbeza di kampung, sangat tenang,sangat seronok tengok orang kampung enjoy makan cendol kami....
Banner serba pink menyambut tetamu yang hadir

Sebaik saja cendol siap untuk dihidangkan, kaum keluarga akan dijemput untuk makan dahulu

Dikerumuni dengan tetamu yang ingin merasai cendol

Pengantin yang sama cantik dan sama padan

Pasangan anak-ayah deejay-penyanyi yang sangat berbakat!

Tetamu yang sedang menikmati hidangan kampung yang disediakan tuan rumah

Majlis Perkahwinan di Dewan PKNS-2/4/2011

Alhamdulillah, rezeki dari Allah tak putus-putus di mana Hj Man mengundang kami untuk menghidangkan cendol di majlis pelanggan beliau, Tq Allah...
Tepat pukul 11 kami tiba di Dewan Seri Delima yang serba Indah ini

Bergambar sebelum majlis bermula

Brochure yang diberi pada bakal pelanggan

Tetamu sedang mengambil makanan di meja buffet yang dihias cantik

Antara tetamu yang hadir

Pecal ni memang selalu menjadi hidangan pencuci mulut bagi Man Selera Catering

Majlis tambah meriah diiringi pemuzik tradisional ini

Pelamin dari pandangan meja makan beradap

Sedang melayan tetamu yang ingin menikmati hidangan cendol

Akhirnya pengantin yang berbusana warna biru hadir ke dewan

Majlis Perkahwinan di Taman Medan-27/3/2011

Kami sangat berbesar hati diundang oleh Hj Man dari Man Selera Katering untuk menghidangkan cendol bagi perkahwinan anak beliau sendiri di Taman Medan, khabarnya jemputan melebihi 2000 orang, dan seperti yang dijangka, cendol habis awal dan ramai juga yang kecewa tak sempat nak merasa cendol....Namun tak dapat disangkal penduduk di Taman Medan masih lagi mengamalkan tradisi masyarakat di kampung, saling bantu-membantu dan bergotong -royong dalam menyambut majlis perkahwinan di kawasan setempat....memang meriah dan lauk-pauk pun seperti biasa sangat sedap!!!!!
Team D' Cendol sedang bersiap-sedia untuk melayan tetamu yang hadir
Punyalah ramai tetamu,nak ambil gambar pengantin pun tak kesampaian...

Waktu puncak.....


Majlis Perkahwinan di Selayang-19/3/2011

 Selepas berhempas-pulas pada siang harinya, pada malamnya pula kami memenuhi permintaan dari Encik Saiful sebagai pihak caterer untuk menghidangkan cendol di majlis customer beliau yang diadakan di Selayang....sangat meriah!!!!rasa macam sekampung turun padang memeriahkan majlis perkahwinan pasangan ini....
Dewan yang dihias indah dengan tema warna 'maroon'
'Ice carving' yang menghiasi meja buffet

Cendol memang laris walaupun di malam hari...

Ketibaan kedua mempelai dalam busana merah-hitam,klasiknyer....

 Tekun melayan tetamu yang ingin menikmati cendol..