Wednesday, 7 December 2011

Majlis Perkahwinan di Pantai Dalam-19/3/2011

Buat sekian kalinya, Hj Man dari Man Selera Catering telah menempah cendol di majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah dewan di Pantai Dalam.

Suasana di dalam dewan
Sibuk melayan tetamu..
Tetamu sedang menjamu hidangan yang disediakan

Majlis Perkahwinan di Casabella Bandar Sunway-12/3/2011

Pada 12/2/2011, kami telah dipanggil untuk tempahan cendol oleh Cik Akmar bagi majlis perkahwinan adik beliau bertempat di sebuah banglo milik Koperasi Kobeta bertempat di Bandar Sunway...
Sedang bersiap sedia di kaunter cendol
D' Cendol Pulut Tapai since 1971,awesome!!!!

Juadah nasi minyak yang disediakan,sedap.......
Udang panjat, antara menu popular untuk raja sehari..

Pelamin tampak ringkas tapi menawan..

Ketibaan mempelai dua sejoli...

Majlis Perkahwinan di Kelab Golf Monterez-6/3/2011

Team D Cendol telah memenuhi tempahan majlis perkahwinan yang dibuat oleh Manisa Catering melalui Kak Liza bertempat di Kelab Golf Monterez pada 6 Mac 2011. Dewan makan utama serta pelamin disediakan di tingkat atas dan cendol, kuih-muih dan minuman panas diletakkan di tingkat bawah untuk tetamu bersantai sambil menjamah pencuci mulut..

Dari kejauhan nampak sign MONTEREZ..
Selamat Pengantin Baru buat pasangan Wida & Firdaus

Pelamin 'english style' yg sangat sweet..
Pengantin yang sama cantik dan sama padan

Kaum keluarga dan sahabat handai sedang menikmati cendol
Team D Cendol bertungkus lumus menyediakan cendol untuk tetamu
'Wishes tree', seriously sangat creative!

Tuesday, 6 December 2011

Majlis Alumni di Kg Merbau Sempak, Sungai Buloh-5/3/2011

Pada tarikh yang sama dengan majlis di Shell Putra Heights, pihak D Cendol telah menerima satu lagi tempahan dari Encik Sani untuk majlis alumni MRSM Kuala Krai di rumah beliau di Kg Merbau Sempak, Sungai Buloh...Terpegun melihat kawasan yang luas di bahagian belakang rumah, mungkin keluarga beliau sering mengadakan majlis di rumah jadi kawasan belakang rumah dijadikan dewan terbuka...dengan angin yg sepoi-sepoi bahasa, tanaman yang menghijau dan swimming pool yang membiru,memang sangat menenangkan.......

Inilah keadaan dewan terbuka yang dinyatakan di atas ,memang sangat cantik dan tempat yang sangat sesuai untuk berehat dan berkumpul bersama keluarga dan teman-teman..

Dari sudut lain

Sabar menunggu cendol..




Shell Putra Heights-5/3/2011


Ini cendolnya dik....
 Kali ini team D Cendol memenuhi tempahan dari Puan Mahani iaitu pemilik stesen minyak Shell Putra Heights sebagai tanda menghargai pelanggan-pelanggan beliau dan pada masa yang sama mempromosikan minyak V-Power....


Kelihatan dari jauh Puan Mahani memberi arahan kepada staf beliau


Pelanggan Shell tidak melepaskan peluang menikmati cendol yang disediakan




Friday, 2 December 2011

Majlis Aqiqah di Taman Melawati-26/2/2011

Tanggal 26 Februari yang lepas, team D Cendol telah memenuhi tempahan cendol majlis aqiqah Encik Noramali bertempat  di Taman Melawati.
Sedang testing cendol sebelum serve pada customer, yang menariknya kaunter cendol kali ini berlatar belakangkan rumah pengarah drama & filem terkenal Datuk Yusuf Haslam...



Pandangan dekat rumah Datuk Yusuf Haslam
Encik Noramali sedang bertanyakan sesuatu dengan bos cendol

Kaunter cendol kena serbu....

Makanan yang disediakan memang sangat sedap!!!!

Tetamu sedang menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah


Sunday, 20 November 2011

Majlis Perkahwinan di IPD Subang Jaya-9/1/2011

Pada 9 Januari 2011, pihak Hj Rahman dari Man Selera Catering buat kali kedua memanggil kami untuk serve cendol bagi majlis perkahwinan bagi tetamu VIP bertempat di IPD Subang Jaya.








Meja-meja VIP yang dihias indah oleh Man Selera Catering..











Pintu gerbang yang bakal menyambut tetamu yang akan hadir...











Janganlah serius sangat boss...hehehehe











Ketibaan pasangan pengantin yang 'sweet' ni disambut dengan meriah sekali

Majlis Perkahwinan di Dewan PKNS-1/1/2011





Team D Cendol memulakan tahun baru dengan tempahan dari Hj Man (Man Selera Catering) di Dewan Seri Delima, Stadium PKNS, Kelana Jaya.

Panjang juga line cendol ni,khabarnya jumlah tetamu yang hadir lebih 2000 orang!
Dewan yang sesak dengan tetamu yang sedang menikmati hidangan
Terbaik!!!!!!!!
Fruit carving di meja santapan pengantin,cantik kan??

Pengantin diarak ke pelamin, sama cantik sama padan bagai pinang dibelah 2....
Pasangan pengantin disandingkan di atas pelamin yang indah..

Amin...semoga pasangan pengantin ini hidup bahagia hingga ke akhir hayat....

D Cendol sudah ada blog!

Salam kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan D Cendol, mulai sekarang kami akan memaparkan perjalanan team D Cendol di majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, rumah terbuka, jamuan akikah dan majlis-majlis seumpamanya....mungkin tidak semua majlis dapat kami paparkan di dalam blog ini, harapan kami agar ia dapat memberi gambaran tentang majlis-majlis yang telah kami sajikan hidangan cendol ini, enjoy!!!!